Kerana Dituduh Berkhalwat Dengan Isteri Orang, Ifan Seventeen Bakal Terima Hukuman


Ifan Seventeen & Citra Monica


 Setelah kembali solo selepas isterinya, Dylan Sahara meninggal dunia akibat menjadi mangsa korban Tsunami di Selat Sunda pada Disember 2018, Ifan Seeventeen ternyata sudah pun moved on dan berjaya meneruskan kehidupannya seperti biasa. 

Malah, dia turut menjalinkan hubungan dengan seorang selebgram bernama Citra Monica. Malangnya, Citra Monica yang dikatakan sudah pun berstatus janda, rupa-rupa masih lagi isteri orang. 

Oleh kerana dilihat menghabiskan masa berdua-duaan dengan Citra Monica di dalam apartmen, suami kepada Citra Monica telah pun membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa Ifan Seventen telah berkhalwat dengan isterinya. 

Hal ini telah pun disahkan pihak polis di Bandung dan buat masa ini pihak polis sedang menjalankan siasatan. Sebuah video dia ditangkal berkhalwat bersama Citra Monuca juga menjadi tular di sosial media sejak Isnin yang lalu.