Fauziah Latiff Kongsi Tips Awet Muda, Join Zumba!


Penyanyi Fauziah Latiff punya minat baru


By Syafiqah Azman

Siapa sangka dari minat terhadap aktiviti zumba kini penyanyi Fauziah Latiff sudah berjaya menjadikan hobinya itu sebagai satu perniagaan. Hebat betul kan? 

Menurut Fauziah atau nama sebenar Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 49, minatnya terhadap aktiviti zumba itu telah mendorongnya untuk membuka sebuah studio khusus buat melakukan aktiviti tersebut iaitu Dia Studio


“Kalau setakat suka-suka berzumba bersama teman rapat tu boleh la. Cuma buat masa sekarang kalau nak buka kelas betul-betul kena jemput orang yang profesional,” jelasnya. 

Jadi betul la ya ini rahsia awet muda Kak Fauziah selama ni? Kalau macam tu memang ramai la lepas ni nak berzumba sekali! 

“Saya buat ni saja untuk kongsi bersama dengan mereka di luar sana tentang gaya hidup sihat, bukan sahaja zumba malah aktiviti sihat apa pun bagus buat diri kita. 

“Kita juga ada sediakan beberapa kelas terbuka bersama dengan tenaga pengajar di studio dan sekarang ni juga kita ada tiga buah studio buat mereka yang ingin melakukan sesi ‘jamming’,” jelas Fauziah. 

Tambah penyanyi Setia Ku Korbankan itu lagi, dia turut mempunyai harapan ingin menambah satu lagi studio buat stesen radio ‘online’ dan juga satu tempat khas buat ‘press conference’ pada masa hadapan. 

Bagus betul Kak Fauziah ni ya! Mungkin buat mereka yang minat terhadap aktiviti sihat seperti zumba boleh la mula lakukan senaman tersebut. Memang baik pun buat badan kita sendiri ye dak?