“Perangai sampah, dasar penunggang agama” – Netizen Tempelak PU Abu


Netizen bengang sekali lagi terhadap PU Abu


By Syafiqah Azman

Betul bekas peserta realiti Pencetus Ummah (PU) Abu menjalinkan hubungan dengan Hana Azra yang merupakan isteri barunya ketika Abu masih lagi berstatuskan suami kepada Ain ‘Afini? 

Menerusi media sosial Twitter, salah seorang individu telah memuat naik satu status menyatakan rasa ketidakpuashatian apabila salah satu rancangan di stesen televisyen memaparkan perkongsian PU Abu mengenai hubungannya bersama isteri, Hana Azraa. 


“Masa tu kau laki orang gila, isteri kau pun tengah mengandung. Lelaki ni selamanya sampah,” tulis individu tersebut. 

Rancangan berjudul Raya Pertama yang disiarkan di Astro Ria tersebut mendapat perhatian ramai apabila salah satu episod memaparkan  kisah di sebalik hubungan antara PU Abu bersama dengan usahawan kecantikan, Hana. Ia telah mencetuskan  kontroversi yang  besar pada tahun ini. 


Dalam status yang sama, individu tersebut turut memuat naik satu foto yang diambil menerusi Instagram story menunjukkan rancangan tersebut berserta bait-bait kata yang dilontarkan oleh PU Abu sendiri. 

“Lepas dia cerai, saya memang try dia gila-gila,” jelas PU Abu menerusi rancangan tersebut. 

Manakala, rata-rata netizen menempelak rasa marah mereka terhadap PU Abu sendiri kerana seakan-akan membuka pekung di dada kerana terlalu bangga mengenai kecurangan yang telah dilakukannya. 

“Saya ada tengok tadi, dia kata pertama kali kenal sebab perempuan (Hana) tu ‘like’ gambar dan masa tu perempuan tersebut dah kahwin.

“Lepastu Abu moved on dan kahwin bersama Ain tapi tiba-tiba perempuan tu datang balik. Wt* la lelaki macam ni. Boleh kau cerita macam mana nak dapatkan perempuan tu,” komen salah seorang netizen. 

Sementara itu, ada juga segelintir netizen meluahkan rasa bengang apabila pihak stesen televisyen seolah-olah mengambil kesempatan untuk meraih populariti dengan mengeluarkan rancangan seperti ini. 

“Astro memang sengaja nak cari populariti suruh netizen tengok. Macam ni pun boleh datang jemput untuk rancangan. Dah la tak ada nilai baik,” komen netizen. 

Betul juga ya, kadang-kadang pelik dengan rancangan televisyen zaman sekarang. Macam suka-suka tunjuk keaiban diri sendiri dan membanggakan sesuatu perkara yang tidak elok. 

Mungkin ini adalah salah satu strategi buat stesen televisyen, dan semuanya di tangan penonton sendiri untuk menilai, ye dak? 

Mungkin kalau ramai yang tak tonton, pihak stesen televisyen akan berhenti mengeluarkan rancangan seperti ini.  Keputusan semua di tangan anda sebagai konsumer dan juga penonton. 

Apa pun, kita doakan yang terbaik agar tiada lagi perkara sebegini yang terjadi dekat mana-mana wanita di luar sana, betul tak?