Saya Tahu Bela Beruang Salah, Tapi Saya Hanya Mahu Selamatkan...," Kata Zarith Sofia


Zarith Sofia


Bekas peserta program realiti Rockanova, Zarith Sofia Yasin sama sekali tidak menyangka bahawa niatnya untuk menyelamatkan beruang matahari yang dinamakannya sebagai Bruno itu mengundang bahaya buat dirinya. 

Bercakap kepada Harian Metro, Zarith Sofia yang mesra disapa sebagai Pia memberitahu bahawa beruang matahari itu ditemui di dalam keadaan lemah di sekitar kawasan Bukit Ampang, Jalan Hulu Langat yang juga tempat kediamannya. 

Memandangkan keadaan beruang matahari itu berada di dalam keadaan lemah, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjaga dan memelihara Bruno sehingga haiwan itu sehingg baik. Dia juga bercadang menghantar haiwan kepada pihak Zoo selepas Bruno benar-benar pulih. 

Namun, dia tidak menyangka pula bahawa isu dia memelihara Bruno walaupun hanya dalam tempih sementara waktu itu akan menjadi tular. 

Saya mohon maaf atas apa yang berlaku. Saya tak sangka perkara ini menjadi satu isu besar,” katanya ketika diwawancara Harian Metro. 

Isu itu menjadi tular apabila seorang jiwa tetangga terlihat beruang itu cuba melepaskan diri dari tingkap rumah kediaman bekas peserta Rocknova itu. 

Dalam kenyataan terhadap MStar pula, Pia lagi yang kini bertugas sebagai penghibur di kelab malam memberitahu sepanjang menjaga haiwan itu selama dua minggu, Bruno langsung tidak bersikap agresif. Dia juga tidak mengurung haiwan itu di dalam sangkar dan sentiasa memberikan makanan yang sedap-sedap. 

"Saya langsung tidak niat untuk menganiaya Bruno. Saya tahu membela adalah salah. Saya cuma mahu menyelamatkannya," kataya.