Teruk Betul Zarith Sofia Rockanova Kena Hentam Gara-Gara Kurung Beruang


Zarith Sofia


Gara-gara isu seorang penyanyi wanita ditahan kerana membela dan mengurung beruang matahari semalam, akaun Instagram bekas peserta Rockanova iaitu Zarith Sofia Yasin telah dihujani pelbagai kecaman daripada netizen. 

Biarpun nama penyanyi wanita berkenaan belum lagi didedahkan secara rasmi oleh mana-mana pihak media arus perdana, namun kebanyakan netizen 'percaya' bahawa individu berkenaan adalah Zarith Sofia Yasin. 

Malah akhbar Berita Harian turut memberi bayangan bahawa Zarith Sofia adalah penyanyi wanita yang dimaksudkan itu. 

Apapun, penyanyi wanita berkenaan telah pun ditahan kira-kira jam 8 malam selepas pihak PERHILITAN menerima maklumat dan membuat pemeriksaan di kediamannya. 

Dia ditahan kerana  menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran PERHILITAN di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Isu ini mula menjadi perhatian  apabila video berdurasi lima saat beserta beruang matahari itu cuba mencari jalan keluar dari tingkap kondominium kediaman penyanyi wanita itu menjadi tular di laman sosial. 

Akibat daripada itu, penyanyi wanita yang dipercayai Zarith Sofia telah menerima kecaman yang bertubi-tubi. Baca untuk komen netizen selanjutnya.